Pages

Thursday, January 26, 2012

Assalamualaikum.
Rasanya macam sudah lama tidak menulis dalam bahasa melayu secara formal. Kali ini, izinkan kalam hamba ditulis dalam bahasa ibunda dengan keformalan yang maksimum.hehe

Bercerita tentang target dan pencapaian. Pentingkah pujian daripada orang sekeliling untuk kita mencapai target yang kita impikan? Jawapan saya: YA. Sangat penting.
Jawapan ini bukan berdasarkan kajian tetapi melalui pengalaman. Usia hanya 25 tetapi telah banyak peringkat yang seusia ini lalui, terutamanya dalam lingkungan study.

Bermula dengan sekolah rendah. Waktu itu, saya antara pelajar yang dikenali guru-guru. Entah kenapa. Mungkin kerana menjawat jawatan pengawas dan sentiasa menjalankan tugas dengan teliti dan tegas, mungkin juga kerana keputusan peperiksaan yang baik, mungkin juga selalu membantu cikgu membahagi-bahagikan susu sekolah? hehe

Menjadi timbalan ketua pengawas yang dijawat rakan baik saya ketika itu, saya antara mereka yang bertuah kerana dimasukkan kedalam kelas pertama dalam darjah 6. Bertuah kerana kami mendapat tumpuan penuh dalam usaha mencapai target 5A dalam UPSR.

Saya masih ingat, pada hari keputusan UPSR di umumkan, saya dan rakan-rakan pengawas mengadakan lawatan ke kilang. Tak ingat adakah ia kilang susu, pepsi atau biskut. Lawatan sambil belajar. Apa yang dipelajari di kilang tu saya pun taktau. Balik dari lawatan, keputusan sudah dipampang di papan kenyataan.

Ketika tekun mencari nama pada tampalan kertas yang agak tinggi untuk pelajar darjah 6, saya terpaksa melangut dan tercari-cari disebalik tangan guru-guru yang turut melihat sama. Saya akhirnya terjumpa kelibat nama Nurul Iffah Sainuri. Pada ketika yang sama, ada jari yang besar menunjuk ke nama saya. " Ini yang aku nda sangka. Macam mana dia boleh dapat straight.." Kata cikgu itu kepada kawannya, iaitu juga cikgu saya. Saya menoleh. Dia kaget terkejut. Saya buat muka tak puas hati. Dia lantas berkata " Eh, sori- sori. Cikgu nda sedar kamu ada disini.."

Cikgu itu cikgu Bahasa Melayu saya.
darjah lima Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru 1, KK

Berikutan dengan keputusan baik saya dalam UPSR, saya melangkah ke sekolah berasrama penuh KK. Itupun setelah memohon untuk pengambilan kedua. Nampak sangat sekolah rendah tak pernah cadangkan nama saya untuk masuk ke sekolah ni. Sampai terpaka memohon sendiri.

Disini pula alkisahnya, rakan saya seorang pelajar semenanjung hendak balik ke kampung halamannya, Kelantan. Maka kami yang semuanya berada dalam tingkatan yang sama semua mula bersedih dengan pemergian rakan ini, termasuklah seorang guru ni. Beliau yang merangkap warden asrama, yang selalu mengejutkan saya selepas light off untuk memastikan semua ahli bilik berada di katil masing-masing. " Kalau kawan kamu tu pindah, dah takdalah student muslim yang pandai di sekolah ni.", katanya kepada rakan-rakan saya di kelas sebelah. Rakan saya pula menjawab. "Iffah kan ada.. Iffah tu kan pandai."
Jawab guru ini pula "Tak.. Iffah tu tak boleh". Kawan-kawan tergamam. Mereka pula memberitahu hal ini kepada saya setelah balik ke asrama.

Guru itu ustazah saya.
Dan pada tahun yang sama, saya mendapat tempat kedua keseluruhan dalam tingkatan.

tingkatan 1, SM Sains Sabah,KK

Beralih pula pada zaman universiti. Kami kelompok pelajar kedua yang menjalani program baru perubatan yang dianjurkan pihak universiti. Jadi sebelum kami, ada sekolompok pelajar lagi yang menjadi guinea pig pertama, kami guinea pig yang kedua. Belum ada pelajar yang grad, jadi program baru ini belum diketahui keberkesanannya. Oh ya, program ini program PBL. Problem-Based Learning. Masih baru di universiti kami, walaupun ianya telah banyak diaplikasi dalam bidang perubatan di negara lain termasuk Malaysia.

"What is the molecule of IgG?" Tanya doktor. Semua pelajar diam, tiada yang menjawab. Jujurnya kami tidak pernah belajar Biochemistry sehingga selesai. Biochemistry hanya diajar dalam kadar yang sedikit, bak kata doktor yang mengajar subjek ini terdahulu, "kamu hanya perlu tahu ini sahaja. Yang lain tu tak perlu tahu, ini sahaja yang masuk silibus dan ini sahaja yang akan keluar dalam peperiksaan". Kembali kepada doktor yang bertanya soalan tadi.. "This is Manchester Student. I never believe in this program from the start!". Kami semua tercengang. Marah pun ada. Apa doktor ingat silibus ni kami yang buat, suka hati nak buang itu ini. Tiba-tiba kami pulak dipersalahkan sebab tak pernah belajar benda yang dia tanya.

dan of course doktor itu doktor saya.Yang mengajar kelas saya.

cardiology, tahun 4, Universiti Mansurah, Mesir

Kepada guru-guru diluar sana, yang ikhlas ataupun tidak mendidik anak-anak murid untuk berjaya, suntiklah semangat untuk mereka. Saya jujurnya sedih mengingat saat-saat diri ini tidak diyakini para guru, sedangkan saya mampu. Saya bernasib baik kerana mempunyai family dan persekitaran yang positif. Bayangkan jika orang sekeliling juga tidak pernah memandang positif pada saya, saya rasa saya akan hanyut terumbang ambing dipukul ombak entah ke mana.

"Tanamkanlah keyakinan positif pada orang-orang yang anda cintai, maka mereka akan menciptakan yang terbaik melebihi apa yang anda yakinkan", kata Dr Aga, ESQ 165.

Tak susah beri pujian dan keyakinan pada orang lain. Tak ke comforting bila orang lain puji kita? Tak ke rasa lebih bersemangat? Jangan jadi punca masa depan orang lain musnah bila kata-kata kamu yang bunuh semangatnya.
Para pendidik, awasi kata-kata anda.

Tuesday, January 24, 2012

OSCE

Station 1:
Dermatology: Psoriasis examination.

Station 2:
Andrology semen analysis-- hemospermia, what are the causes, what are the investigations

Station 3:
Research & methodology--meta analysis, What are other type of study, and its strength.

Station 4: CT of maxillary fracture, its investigation and treatment. Membrane over tonsils, its DD, investigation and treatment of each.

Station 5: Corneal reflex examination, its pathway,causes of corneal vascularization, and causes of corneal hypoesthesia

Station 6: Hypopyon ulcer, its predisposing factors, signs of hypopyon ulcer,

Station 7: Schoitz tonometer (just tell what is the name of the instrument), other test to measure IOP, what are the central and peripheral field defect in glaucoma. DD of acute diminution of vision. DD of red painful eye.

Station 8: History taking of atopic dermatitis, explain its prognosis to patient

Station 9: Rinne and Weber test. PTA. DD of CHL, SNHL and mixed HL

Station 10: OM history taking, state the investigation and management

All the best to all.. Truthfully, this semester is not an easy semester to go through. Too many to cover in too little of time.

Saturday, January 21, 2012

Exam yg gila. Untuk semester 10. Tahun kami, sem 10 consist of ENT, dermatology, andrology, research and methodoly dan opthalmology. Dengar2, tahun depan research & methodoly akan di anjak ke tahun 6.
So, supaya tak lupa dan mudah untuk rujukan adik2, here it goes..

--------------------------------------------------------------
MCQ:

ENT: Soalan macam hapa.. klu coordinator untuk ENT masih Dr Degwi, sila khatam buku yg ditulis oleh beliau dan juga khatam buku mcq yg ditulis beliau. Rasanya semua soalan finals haritu kuar dari buku dia. Dan bila contohnya ada chapter yg tak masuk dalam syllabus pun, cover by yourself. Yang tak penah belajar pun kluar habis-habisan oleh doktor. Dan adik2 ye, jangan mengada2 nak escape kelas ENT. Susah jadinya bila tak tengok clinical cases.

ANDRO&DERM: Yang ni, asalkan datang kelas, datang clinical training, dan DISCUSSION PBL, insyaallah boleh jawab.

OPTHAL: Yang ini pulak, kena teliti baca sebijik2 tulisan dalam buku department tu. Yang kecik2 tu la yg doktor suka.

RESEARCH: Dtg je kelas, konfem score. Tahan je la ngantuk kat kelas tu. Yang penting, setiap lecture yg kena bagi tu, at least fahamkan sekali. Sekali je pun dah ok. Pastu nak dekat2 exam, buat soalan spot sendiri untuk training.

---------------------------------------------------
ESSAY:
ENT: Sekali lagi, Dr Degwi memang anggap kita terer. So, bersedia.. belajar ENT sungguh2. Dia bagi situation of old man ada Rt CHL, otoscope show retraction. Weber lateralized to Rt side. Patient ada mass 3cm on neck, which is firm and mobile. Then, he develop regurgitation at nose on drinking. Soalan tanya, the diagnosis, investigation, DD, the primary choice of treatment ( ini 6 markah), dan other treatment for the disease. Dan jugak where is the primary site. Soalan lain, list other dss yg buat weber laterized to Rt side.

OPTHAL: Sudden loss of vision kat org tua, ada htn, hx of smoking. On examination, there's cherry red spot. Give the diagnosis, give the predisposing factor, the etiology, the treatment. DD of other cherry red spot. What intraorbital lesion caused by systemic htn (DD).

DERM: psoriasis and its treatment. DD of infectious circinate lesion and its treatment, dan non infectious circinate lesion. Lagi, dia nak DD of scaly scalp dan its main C/P.


okeh. itu saja untuk rujukan MCQ dan esei. all the best lah.
 
Copyright (c) 2010 SUCCESFUL DOCTOR-TO-BE. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes and Direct Line Insurance.