“Bercinta sebelum berkahwin ini, boleh. Dengan syarat, jangan tanpa apa pandangan Islam. Ia adalah CINTA YANG SUSAH. Saya menyebutnya begitu kerana saya sendiri tidak tahu pasangan kekasih yang mana daripada kalangan sahabat Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam yang ingin saya ambil sebagai contoh. Cinta di luar perkahwinan adalah seperti membela haiwan liar di luar kandang. Ia adalah cinta yang susah. Masakan tidak… ia adalah cinta yang tiada panduan al-Quran, tiada panduan al-Sunnah.
Apa yang ada hanyalah kebijaksanaan akal masing-masing untuk memanipulasi mana-mana nas al-Quran dan al-Sunnah, sebagaimana lagu “For The Rest Of My Life” dendangan Maher Zain, yang asalnya ditujukan oleh seorang suami kepada seorang isteri, diselewengkan sebagai hadiah Valentine seorang buayafriend kepada gelifriend” saya menambah lagi.
Harini cuti, plan nak stadi sehabis baik, tapi mata ni ngantuk memanjang. So, waktu2 mengantuk ni, update blog best jugak.
Post kali ni simple. Ceritakan balik je apa yg diceritakan oleh doctor dalam kelas haritu. Haritu tajuk kelas ialah 'How to deliver bad news'.. Ini skills yg diajar untuk pelajar2 medic sekarang, yg not included dalam syllabus pelajar medic terdahulu. At least ada jugak latihan untuk menghadapi hari2 yg susah di masa akan datang. Skills ni jugak included dalam exam akhir tahun. Menjawab dan menyampaikan bad news kepada pelakon2 yg dah dilatih.
Ini cerita doctor: Waktu tu, saya sedang bertugas di klinik. Seperti biasa, ibu dan bapa akan menemani anak mereka untuk berjumpa dengan doktor. Pesakit saya kali ni mengadu 'stoppage of mensruation'. Perempuan ni berumur dalam 15-16 tahun. Latar belakang pesakit diambil & saya akhirnya membawa pesakit ke bilik ultrasound, suspecting ketumbuhan di ovari dll. Surprisingly, there's a 3 months old fetus inside her womb!
Kerana ini merupakan kali pertama saya berjumpa dengan kes sebegini, sy tidak tahu bagaimana untuk memberitahu berita yg agak mengejutkan ini. Tambahan lagi, kedua2 ibubapa pesakit ini datang bersama. Saya memberitahu diagnosis kepada rakan sekerja (lelaki) dan memintanya untuk mengambil alih tugas saya. Dia (rakan saya) membawa ibubapa tadi kedalam sebuah bilik tanpa anak mereka dan memberitahu diagnosis dari ultrasound tadi. Apalagi, parents ni pun mengamuklah!
Tak cukup dengan memberitahu ibubapa tanpa memberitahu anaknya terlebih dahulu, kawan sy memanggil pesakit tadi ke dalam bilik dan memarahinya! juga menjerit bertanyakan siapakah ayah baby tersebut!
**** Habis cerita. Mengikut patient rights, sebenarnya confidentiality patut dijaga, walaupun patient berumur 18 tahun ke bawah. Sepatutnya, doktor tadi memberitahu pesakit tadi je, dr patient la mau bagitau parents dia macam mana.
Bukan ni saja ekstrak dr cerita ni. Terkejut jugak bila dengar cerita mengandung luar nikah di Egypt ni. Egypt kot.. tapi ye lah, nampaknya dimana je kita berada, syaitan tu tetap ada membisik kejahatan dalam telinga manusia. Its the matter of how we handle things carefully.
Satu lagi, doktor kami kata, budak perempuan tu tak cantik langsung! dia pun pelik kenapa budak perempuan yg tak cantik langsung ni, dan sangat down-to-earth, dan sangat naif ni boleh terjebak dalam kes macam ni. Mungkin sebab kenaifan dialah lelaki senang sangat nak pujuk rayu. Kesian.
Oh ya, budak perempuan ni dah buat urine pregnancy test di rumah, tapi negatif. Tu lah dia boleh dengan yakinnya datang klinik dengan parents dia. (Urine pregnancy test ni detect hormon hCG dalam air kencing. hCG akan hilang selepas 10 minggu usia kandungan. Tulah budak ni dapat result negatif)
Beberapa tahun dulu di mesir ni, waktu I was being nice to orang2 yg i meet di tepi jalan; ada sorang pakcik ni. Dia tanya i org mana, dtg sini kenapa. Just to be nice, i answered with smile. Cerita punya cerita, smpai depan apartment dia, boleh2 lelaki ni ajak naik rumah dia. Of course i said no kan.. Then dia patah balik kejar me with my friend yg waktu tu otw nak balik rumah. Siap tarik2 lengan org lagi nak suruh naik pegi rumah dia. N siap kuarkan duit dari poket aa nak tunjuk yg dia ada banyak duit. Tak guna punya pakcik! Nasib baikla waktu tu tgh ramai org. Kami pun buat muka marah n jalan cepat2. Nasib baik dia berhenti kejar. Alhamdulillah Allah nak jauhkan dari bnda2 yang tak baik.
The moral of the story: xpayah la berbaik2 dengan org yg kita tak kenal. Who knows what he had in mind. suatu ketika dahulu di Egypt;