Assalamualaikum.
Rasanya macam sudah lama tidak menulis dalam bahasa melayu secara formal. Kali ini, izinkan kalam hamba ditulis dalam bahasa ibunda dengan keformalan yang maksimum.hehe
Bercerita tentang target dan pencapaian. Pentingkah pujian daripada orang sekeliling untuk kita mencapai target yang kita impikan? Jawapan saya: YA. Sangat penting.
Jawapan ini bukan berdasarkan kajian tetapi melalui pengalaman. Usia hanya 25 tetapi telah banyak peringkat yang seusia ini lalui, terutamanya dalam lingkungan study.
Bermula dengan sekolah rendah. Waktu itu, saya antara pelajar yang dikenali guru-guru. Entah kenapa. Mungkin kerana menjawat jawatan pengawas dan sentiasa menjalankan tugas dengan teliti dan tegas, mungkin juga kerana keputusan peperiksaan yang baik, mungkin juga selalu membantu cikgu membahagi-bahagikan susu sekolah? hehe
Menjadi timbalan ketua pengawas yang dijawat rakan baik saya ketika itu, saya antara mereka yang bertuah kerana dimasukkan kedalam kelas pertama dalam darjah 6. Bertuah kerana kami mendapat tumpuan penuh dalam usaha mencapai target 5A dalam UPSR.
Saya masih ingat, pada hari keputusan UPSR di umumkan, saya dan rakan-rakan pengawas mengadakan lawatan ke kilang. Tak ingat adakah ia kilang susu, pepsi atau biskut. Lawatan sambil belajar. Apa yang dipelajari di kilang tu saya pun taktau. Balik dari lawatan, keputusan sudah dipampang di papan kenyataan.
Ketika tekun mencari nama pada tampalan kertas yang agak tinggi untuk pelajar darjah 6, saya terpaksa melangut dan tercari-cari disebalik tangan guru-guru yang turut melihat sama. Saya akhirnya terjumpa kelibat nama Nurul Iffah Sainuri. Pada ketika yang sama, ada jari yang besar menunjuk ke nama saya. " Ini yang aku nda sangka. Macam mana dia boleh dapat straight.." Kata cikgu itu kepada kawannya, iaitu juga cikgu saya. Saya menoleh. Dia kaget terkejut. Saya buat muka tak puas hati. Dia lantas berkata " Eh, sori- sori. Cikgu nda sedar kamu ada disini.."
Cikgu itu cikgu Bahasa Melayu saya.
darjah lima Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru 1, KK
Berikutan dengan keputusan baik saya dalam UPSR, saya melangkah ke sekolah berasrama penuh KK. Itupun setelah memohon untuk pengambilan kedua. Nampak sangat sekolah rendah tak pernah cadangkan nama saya untuk masuk ke sekolah ni. Sampai terpaka memohon sendiri.
Disini pula alkisahnya, rakan saya seorang pelajar semenanjung hendak balik ke kampung halamannya, Kelantan. Maka kami yang semuanya berada dalam tingkatan yang sama semua mula bersedih dengan pemergian rakan ini, termasuklah seorang guru ni. Beliau yang merangkap warden asrama, yang selalu mengejutkan saya selepas light off untuk memastikan semua ahli bilik berada di katil masing-masing. " Kalau kawan kamu tu pindah, dah takdalah student muslim yang pandai di sekolah ni.", katanya kepada rakan-rakan saya di kelas sebelah. Rakan saya pula menjawab. "Iffah kan ada.. Iffah tu kan pandai."
Jawab guru ini pula "Tak.. Iffah tu tak boleh". Kawan-kawan tergamam. Mereka pula memberitahu hal ini kepada saya setelah balik ke asrama.
Guru itu ustazah saya.
Dan pada tahun yang sama, saya mendapat tempat kedua keseluruhan dalam tingkatan.
tingkatan 1, SM Sains Sabah,KK
Beralih pula pada zaman universiti. Kami kelompok pelajar kedua yang menjalani program baru perubatan yang dianjurkan pihak universiti. Jadi sebelum kami, ada sekolompok pelajar lagi yang menjadi guinea pig pertama, kami guinea pig yang kedua. Belum ada pelajar yang grad, jadi program baru ini belum diketahui keberkesanannya. Oh ya, program ini program PBL. Problem-Based Learning. Masih baru di universiti kami, walaupun ianya telah banyak diaplikasi dalam bidang perubatan di negara lain termasuk Malaysia.
"What is the molecule of IgG?" Tanya doktor. Semua pelajar diam, tiada yang menjawab. Jujurnya kami tidak pernah belajar Biochemistry sehingga selesai. Biochemistry hanya diajar dalam kadar yang sedikit, bak kata doktor yang mengajar subjek ini terdahulu, "kamu hanya perlu tahu ini sahaja. Yang lain tu tak perlu tahu, ini sahaja yang masuk silibus dan ini sahaja yang akan keluar dalam peperiksaan". Kembali kepada doktor yang bertanya soalan tadi.. "This is Manchester Student. I never believe in this program from the start!". Kami semua tercengang. Marah pun ada. Apa doktor ingat silibus ni kami yang buat, suka hati nak buang itu ini. Tiba-tiba kami pulak dipersalahkan sebab tak pernah belajar benda yang dia tanya.
dan of course doktor itu doktor saya.Yang mengajar kelas saya.
cardiology, tahun 4, Universiti Mansurah, Mesir
Kepada guru-guru diluar sana, yang ikhlas ataupun tidak mendidik anak-anak murid untuk berjaya, suntiklah semangat untuk mereka. Saya jujurnya sedih mengingat saat-saat diri ini tidak diyakini para guru, sedangkan saya mampu. Saya bernasib baik kerana mempunyai family dan persekitaran yang positif. Bayangkan jika orang sekeliling juga tidak pernah memandang positif pada saya, saya rasa saya akan hanyut terumbang ambing dipukul ombak entah ke mana.
"Tanamkanlah keyakinan positif pada orang-orang yang anda cintai, maka mereka akan menciptakan yang terbaik melebihi apa yang anda yakinkan", kata Dr Aga, ESQ 165.
Tak susah beri pujian dan keyakinan pada orang lain. Tak ke comforting bila orang lain puji kita? Tak ke rasa lebih bersemangat? Jangan jadi punca masa depan orang lain musnah bila kata-kata kamu yang bunuh semangatnya.
Para pendidik, awasi kata-kata anda.
6 comments:
Nice sharing. A gem is always a gem. Only the goldsmith trace at first glance. Never succumb to falsehood n biases. Bravo. Make a novel or motivation reference. It assist to enlighten the people with doubt and the shortsighted and color blinded. I pray for you colorful success and continous rainbow of happiness.
ada kalanya reverse psychology mampu memberi peneguhan kpd anak2 murid....huhuhu....-sy insan biasa-
Saya seorang guru. Saya sangat setuju dengan pujian akan memberi suntikan semangat kepada anak didik saya. MasyaAllah. Semoga Allah mengampunkan guru2 yang mengakibatkan kegagalan dan pemusnah masa depan anak2 didiknya terutama hanya dengan kata2nya.
I know you very well and its not fair at all for you to receive such a remark from your teacher!!
oh terima kasih kepada semua ano kerana menyetujui pandangan menerusi cerita saya. mudah2an cikgu di masa depan lebih peka tentang aspek ni.
cikgu2 amat yakin pada amat. tapi bila amat down, cikgu2 tu jugak yg turut serta mendown kan amat. haha
ano- reverse psycho tu patut di buat secara membina, bukan membunuh. boleh pakai tp kena membina laah
hehe cikgu amat kan sudah menyumpah batch kamu..haha
ohya ano insan biasa juga rasanya bro faiz fakhri, jgn buat mcm cerita ni, reverse psych berbentuk cabaran tak apa.
Post a Comment