Pages

Tuesday, December 7, 2010

Harini hari cuti sempena Maal Hijrah.. esok dah kelas pulak. So, memandangkan saya dan ahli Beyt Hurul 'Ain, Ayu (nama sebenar dirahsiakan :P) dah lama xbuat kuih sama2, dan adik kepada Ayu jugak mencabarnya untuk menyiapkan kuih2 yang comel ini, maka seawal jam 8pagi, kami memulakan tugas suri2 rumahtangga iaitu 'cabaran menyiapkan sarapan untuk suami anda'. haha

Kuih pertama yang menjadi pilihan hati ialah kuih Keria, atau kuih Gelang.. mengikut negeri dan daerah masing2. Resepi kuih ini di sumbangkan oleh Ayu. Saya hanya menjadi assistant sahaja :))
Ini cara2 membuat kuih keria (khas buat adik kepada Ayu :p)


Langkah pertama: Rebus ubi manis dan tinggalkan kering.

Langkah kedua: Lenyekkan ubi dan letakkan tepung disebelah ubi (back to back appearance :))

Langkah ketiga: Ambil ubi dan tepung dan bentukkan bulat mengikut kebesaran yang dikehendaki.

Langkah keempat: Buat lubang di tengah2 bulatan tadi dengan menggunakan jari kelingking untuk hasil yang lebih comel. hehe


Goreng2 sehingga warna bertukar bronze..

Lepas goreng, roll kuih tadi kedalam gula yang telah di blend, dan hidang!

(seperti yang telah diberitahu, resepi ini milik Ayu, maka versi ini mungkin berbeza dengan versi asal yang menggunakan gula cair)

*Untuk adik kepada Ayu: "Siapa kata kak Ayu xpandai buat kuih keria~~ " ^_^ v

Setelah habis projek pertama dengan hasil yang agak memuaskan, (hehe) kami beralih pula kepada projek kedua iaitu 'cabaran menyiapkan minum petang untuk suami anda'..
Untuk projek kedua, kuih karipap menjadi pilihan!

Mari kita belajar cara buat karipap versi kami..
Ayu menjadi assistant kepada saya dalam menyiapkan cabaran kedua. hehe

Langkah 1: Sediakan tepung, letakkan minyak kedalamnya, dan perhalusi sehingga menjadi kasar (friable).

Langkah 2: Masukkan air garam kedalam adunan tepung tadi dan adun sekuat hati sehingga boleh dibentuk

Langkah 3: Potong2 kan adunan tadi sehingga menjadi bulat2 kecil supaya senang dibentuk nanti


Langkah 4: Tumiskan bawang, udang kering dan serbuk kari dan campurkan dengan ubi yg telah dipotong dadu.

Langkah 5: Masukkan air dan yg seangkatan dengannya dan keringkan.


Bentukkan dan kelimkan dengan kesenian tangan masing2 dan goreng!

Siap dihidang!

*Untuk adik kepada Ayu: "Siapa kata kak Ayu xpandai buat kuih karipap" ~~ ^_^ v
An effort this special just got to be shared! So we did.. hehe I wonder apalah komen mereka2 yang telah merasa kuih kami yang kurang serba serbi ni.

A thing about good food ; It brings folks together from all walks of life. It warms them up and it puts little smiles on their faces :))

p/s: senang je buat kuih. yang penting ada masa dan kesabaran! hihi
and whats more important:

"The quickest way to a man's heart is through his stomach!"

Mari mahirkan diri memasak! huhu

0 comments:

 
Copyright (c) 2010 SUCCESFUL DOCTOR-TO-BE. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes and Direct Line Insurance.