Pages

Thursday, May 19, 2011

Dengan berakhirnya hari Rabu minggu ini, maka tamatlah pengajian Psikologi yang sangat menyeksakan. Sehari dalam dunia Psikologi terasa seperti seminggu!
Bagai mempelajari bahasa baru; bahasa ke-5 setelah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun, Bahasa Arab, akhir sekali Bahasa Psikologi. Eh kenapa agak lain cara penulisan di post kali ini? Mungkin saya hendak membiasakan diri bermadah & bertatabahasa yang betul kerana pesakit-pesakit yang dijumpa 2 minggu ini sentiasa merosakkan bahasa, dan mencipta bahasa sendiri.

Apa bezanya Psikologi & Psikiatri?
Psikologi.. ialah cara NORMAL manusia berfikir dan bertindak, manakala Psikiatri ialah penyakit2 atau sindrom2 TIDAK NORMAL yang berlaku dalam diri.

Mengapa berlaku penyakit Psikiatri?
1. Faktor genetik; ahli keluarga yang mempunyai sakit seumpamanya akan memberi risiko anak2 untuk mendapat penyakit yang sama.
2. Faktor diri sendiri (coping ability); setiap seorang yang mengalami stres tidak akan memberikan tindakbalas yang sama. Penyakit lebih kerap timbul pada mereka yang kurang daya tahan.
3. Faktor persekitaran. Persekitaran yang agak mengongkong, mengkritik, berfikiran negatif.. Ataupun life events yang mencabar.

Maka berwaspada dan berdoalah agar kita dijauhkan daripada ancaman penyakit Psikiatri ini.
Alhamdulillah, Allazi syafa'na wa afa'na

Berikut adalah antara cerita menarik yang saya suka untuk kongsi:

1. Lelaki, 20-an, belum berkahwin, tidak bekerja: datang ke hospital untuk membuang cip yang dipercayai ditanam di bawah giginya! Untuk mengetahui bagaimana cip ini tertanam di bawah giginya, kami pun memulakan sesi menemuramah: katanya, sebelum beliau balik ke tanah air (mesir), beliau berada di negara lain. Beliau telah menerima premonition/ vision/ future prediction bahawa Revolusi Mesir yang berlaku pada 25 Jan lalu akan berlaku. Beliau mengetahui apa yang akan terjadi kepada presiden serta menteri2. Oleh kerana vision ini, beliau telah ditangkap oleh pihak polis bagi menyoal siasat tentang masa depan negara mesir. Beliau percaya beliau telah di seksa, electrocuted, agar rahsia masa hadapan di bongkarkan. Cip telah ditanam dibawah giginya untuk mengesan keberadaan beliau. Beliau juga tidak boleh berada dekat dengan radio kerana wave dari radio akan mengesan apa yang beliau sedang fikirkan...

How cool is this story? Dx: Skizofrenia

2. Lelaki, 30-an, belum bekahwin, graduan Engineering Faculty. Katanya beliau lain daripada orang lain. Gifted. Dan sebab itu ramai yang cuba melihat jejak langkahnya, dan cuba menculiknya. Beliau juga mendengar orang sekeliling bercakap buruk mengenainya. Calling him names. Katanya; dalam dunia ini, ada Fizik.. Tapi saya ada kuasa Metafizik. Ia adalah kuasa magik yang boleh mengawal minda seseorang, membaca apa yang seseorang sedang fikirkan. Katanya mindanya dikuasai metafizik. Besi aloi dan aluminium akan merendahkan kuasa kepandaiannya melalui radiasi. Ia akan masuk melalui mata. (Untuk itu, beliau melindungi matanya dengan cermin mata plastik yang bingkainya disaluti pita selofan all over). Jangan pakai baju warna merah. Ia akan menarik magik itu lebih dekat kepada kamu.

Woo.. seram jugak dengar. Dx: Skizofrenia

3. Lelaki, 30-an, berkahwin kali kedua. Katanya masalah kerana beliau ada 2 personaliti. Satu dalam sedar, yang satu lagi diluar sedar. Ketika berada dalam personaliti ke-2, beliau akan merasakan pemandangannya kabur dan sakit kepala akan datang, beliau akan memukul bapa, isteri, dan menghamburkan barang2 dalam rumah.(seperti yang bapanya ceritakan.beliau langsung tidak ingat apa yang dilakukan ketika berada dalam personaliti ke-2) Sesedar daripada personaliti ke-2, beliau akan terkejut dengan keadaan rumah yang bersepah dan luka2 pada badan sendiri. Doktor kata, ini mungkin sawan (epilepsy) tapi setelah EEG dibuat, nyata bukan. Ini sakit Psikologi. Triggernya mungkin kerana bapa yang terlalu mengawal anaknya. Baru bercerai dangan isteri pertama, 2 minggu kemudian diatur pula dengan isteri nombor 2.

Dx: Dissociative disorder

4. Wanita, unknown age, and other details (parents dont want to reveal). Datang dengan keadaan tak terurus, dan tidak mahu bergerak. Langsung. Perlu diangkat untuk dibawa kemana-mana. Bawah mata hitam, mungkin insomnia. Kadang2 tak mahu ikut kata langsung, kadang2 pula dia akan buat apa yang kita tak suruh. Kita kata duduk diam2, dia akan pergi balik jalan antara pintu dan kerusi. Tak berhenti. Pelik kan..

Dx: Catatonic schizophrenia

5. Pesakit2 wanita. Kehilangan insan yang tersayang. Berpakaian cantik2, bersolek suka2, berpuisi, bersajak. Over peramah. Tak berhenti bercerita. Sebelum ini, mereka berduka, bersedih, berjalan tanpa hala tuju, wang. Mencari permata yang hilang. Minda mereka menukarkan kejadian dan personaliti sediah tadi kepada personaliti yang over excited. Minda mereka menjadi protektif. Automatik telah memadamkan kisah duka tadi kepada kisah lain. Kasihan..

Dx: Bipolar disorder

Banyak lagi kes.. Bayangkan dalam sehari dapat jumpa 3-4 patient. Banyak cerita. Suka.Duka. Semoga saya dapat mengambil iktibar daripada apa yang berlaku, lapangkan dada, banyakkan berdoa. Semoga dijauhkan daripada gila.

2 comments:

mak said...

Menarik!!

Gambar tu pun sangat cantik. Heehehe

DrNurolSainuri said...

haha..
tgklah anak siapa :))

 
Copyright (c) 2010 SUCCESFUL DOCTOR-TO-BE. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes and Direct Line Insurance.