Pages

Wednesday, October 26, 2011

Dalam bahasa arab, kalau nak cakap terima kasih, kata 'Syukran'. Orang akan balas balik, kata 'afwan'. Tapi adat orang sini, bila kita kata 'syukran', dorang akan balas balik 'syukrillah'. Syukur ke atas Allah. Simple perkataannya, tapi maksudnya dalam. Harap jangan hanya berkata-kata dan mendengar saja, biar dizahirkan dalam perbuatan sehari-harian.

"Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih " Ibrahim ayat 7

Macam yang sy pernah tulis dulu,
[Tidak ada yang menghairankan dalam "MEREKA MENCINTAINYA" tetapi yang menghairankan adalah "DIA MENCINTAI MEREKA"..Dia yang menjadikan, memberi rezeki, melindungi dan memberi anugerahNya kepada mereka, tetapi Dia juga mencintai mereka.]

Besarnya cinta Allah pada kita. Kita saja yang selalu lalai dan lupa.


Gambar ni diambil di depan Kuliah Tibb, Universiti Mansurah. Tapak ni tapak kosong antara dua bangunan. Dijadikan tempat pengumpulan sampah. Di dataran yang kosong tu tiba2 ada sebuah rumah yang dibina berasaskan kotak, kaca, zink terbuang. Ini baru namanya rumah kotak. Ada penghuninya.

Kesian bila tengok orang yang tinggal dalam kedhaifan macam ni, tapi kesian dengan yang ini, banyak lagi yang tak berumah, tidur di tepi2 jalan. Sekarang musim sejuk dah menghampiri. Macam mana agaknya mereka yang kurang bernasib baik ni hidup dalam kesejukan..

"Ya Tuhanku, tunjukkilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kedua ibubapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai, berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri."



Gambar ni diambil di rumah junior. Box elektrik terbakar. Kata adik, kejadian berlaku pukul 9 pagi. Tiba2 nampak samar2 cahaya kat ruang tamu. Lampu bilik pun berkelip2 nak mati. Rup-rupanya kat ruang tamu, box elektrik dah berapi2..

Pintu dekat box elektrik tu pintu keluar masuk rumah. SYUKUR waktu masing2 berselimut keluar dari pintu tu, takda yang cedera. SYUKUR jugak box gas dan saluran gas yang melintang sepanjang dinding tu tak bocor dan meletup! Allah sayang sangat dengan hambaNya..


Gambar ni pulak gambar terbaru. Kelahiran putera sulung kawan saya yang manis, Puan Tina. hehe. SYUKUR Muhammad Adam Syafi bin Ahmad Fadhil dah selamat lahir ke dunia. Baby 4 bulan kat belakang tu pulak baby kepada Puan Quia, Aqil Waiedz bin Abdul Rahman. Hidup kami di sini diceriakan dengan kelahiran baby2 comel.. Syukur. Nikmat Allah bagi :)

Sekian

2 comments:

Unknown said...

salam.. nice writing doc..

Unknown said...

salam, nice writing doc.. :)

 
Copyright (c) 2010 SUCCESFUL DOCTOR-TO-BE. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes and Direct Line Insurance.